June 25, 2007

........



I HATE MONDAY!!!!!

June 22, 2007

Friday

Thank God it's Friday again...why do I llike Friday? or maybe not just me..everyone will love Friday...

The main reason:

1) Friday is exactly the finale of working days...yehaaaa

2) We have a long lunch hour break...estimated time about 3 hrs..so boleh gi cuci mata kalau rajin

3) Time goes so fast..only on Friday

4) Normally boss will not around..hahahaha

5) The next day which is Saturday is a holiday...and Sunday as well

There's so much of fun on Friday and of course Friday is also called as "Penghulu segala hari" in Islam.

But one thing that I hate Friday is the "extra" crowds of people especially at KTM, Putra, Star and other public transport. so there will be an "extra journey" as you may have to face the delayed time of Komuter schedule. *sigh



That's why when friday comes , I usually ensure that I will get off sharp at 6.00 o'clock.

June 19, 2007

Me again....


Not feeling very well lately..Last Tuesday i was on medical leave becoz of fever, then start from Saturday night until last night i can still feel the heat on my body...got to see the doctor again..maybe got to check my blood...takut denggi plak...mintak di jauhkan...

As for today I am still feel not fully recovered from my fever..it was on and off, and most of the time my body getting heat at night..dun know la..dah tua tua bangka macam ni, kan...

I'm still in the office, just had some discussion with my Boss regarding my meeting at Maxis tomorrow....again...I have to go to Menara Maxis to meet Collin. He is the person incharge of our new project. Thank God, Collin such a nice and good looking guy...and it is easy to liaise with him.....takde la aku bosan ngadap muka die esok..hahahahah

O btw, i've just received a call from my hubby, he said he 'll be in KL this evening to meet his partner and to discuss about his new event...whatever..!!!that was such a bad news to me, cause that means I have to take cab to go back home from the KTM. Arhgggg!!!!

Ok, got to continue my work..oh before that, got to get a cup of nescaffe before i get sleepy...









June 14, 2007

Langit Petang

Part 05



Petang itu aku sengaja pulang awal dari pejabat. Setelah singgah di Hypermarket, aku bergegas pulang untuk memasak. Malam ini aku mahu membuat surprise untuk Sham. Sengaja aku tidak memberitahu Sham yang aku akan pulang ke rumah hari ini. Lantaran itu, aku berhasrat untuk memasak juadah istimewa. Ikan tenggiri masak lemak cili api, ayam masak masam manis, sayur kailan ikan masin dan telur dadar sudah pasti membuat Sham terliur. Segala ramuan telah di sediakan dan aku merancang untuk menyediakannya sebelum ketibaan Sham dari pejabat.

Seperti di rancang Sham pulang kerumah pada jam 8 malam. Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat kami sudah berada di rumah. Hampir hendak menitis air mataku melihat gelagat Sham tidak putus putus mencium anakku Alif dan mengukir senyuman lebar. Aku juga gembira, hampir seminggu aku tidak bertemu Sham, rindunya bukan kepalang.

Selepas solat aghrib kami menjamu juadah makan malam. Suasana begitu kecoh lebih lebih lagi dengan rengekan Alif yang sudah seminggu rindukan papanya. Ada sahaja olah yang dibuat nya. Namun, Sham nampaknya sangat gembira dengan kepulangan kami. Terasa kebahagian milik kami. Tuhan, tolonglah, jangan pisahkan kami...

Hampir berjam lamanya aku berbual dengan Sham sambil menonton televisyen. Hampir tidak sedar, Alif sudah pun lena di pangkuanku. Banyak cerita yang di kongsi bersama. Maklumlah, walaupun seminggu berjauhan, kami jarang berhubung, hanya sms yang menjadi tali pengikat.

" Abang minta maaf, jika Lin terasa hati dengan tindakan emak.."


" Tidak bang, jangan la abang nak minta maaf pulak..Lin tak salah kan abang, emak pun tidak.."

" Ya Allah Lin, begini punya hebat dugaan pun, Lin tetap tabah. Kalau isteri lain, pasti sudah mengamuk agaknya..terima kasih Lin sebab memahami"

" Sudahla abang, jangan lah di ingat lagi. Emak ada hak menyuarakan pandangan serta pendapat. Emak orang tua. Lin anggap emak macam emak kandung Lin. Emak lah yang membesarkan abang, emak jugalah yang melahirkan suami Lin. Banyak sungguh jasa emak kepada kita abang....Lin tahu, jika Allah panjang kan jodoh kita, maka jodoh kita akan panjang. "

" Ya Allah Lin...abang ...abang..."

" Jangan cakap apa apa abang. Terus lah kita mendoakan kebahagiaan emak...mulai saat ini Lin nak buat permintaan pulak"

" Apadia?"

" seeloknya kita balik menjenguk emak setiap bulan. Biarlah sementara emak ada, kita membahagiakan hati emak. Begitu juga dangan Mummy. Tak salah kan abang? "
Serentak itu anak mata Sham merenung tepat ke anak mataku. Entah apa yang di renungkan, aku tidak pasti. Namun, aku melihat matanya mula berkaca, menahan air mata yang tidak kunjung tiba. Sham menyentuh jari jemariku lalu di kucupnya mesra. Serentak itu juga ada air mata jatuh berguguran di jemariku. Sham sebak, lalu menangis sambil mengucup lembut jemariku.

Aku merenung mata Sham. Ada segelumit kesal di hatiku kerana meninggalkan Sham beberapa hari yang lepas, meragui cintanya kepadaku dan mengesyaki kasih sayangnya. Lin minta maaf abang... Lin minta maaf. Berkali kali juga Sham memohon maaf dariku. Berkali juga aku menyatakan yang dia tidak bersalah. Aku juga tidak menyalahkan emak, aku menganggap emak hanya sekadar orang tua yang perlu aku hormati, bukan untuk ku dendami. Orang tua perlu di belai, di pujuk dan di manja. Mereka sangat sensitif dan ku akui walaupun emak agak membenciku, aku akan cuba untuk menngambil hatinya kembali. Itu janjiku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ...... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana hening, diselangi dengan bunyi unggas yang sangat mendamaikan. Suasana nyaman dan ditambah pula dengan bunyi kicauan burung yang sangat menenangkan. Pagi yang sangat indah, tiada hiruk pikuk kenderaan yang sibuk seperti dikota. Segalanya begitu sunyi, tenang dan mendamaikan. Sudah dua hari aku dan Sham serta anakku Alif berada di kampung. Sengaja kami mahu menjenguk emak. Aku juga rindukan suasana kampung begini. Begitu indah dan aman sekali. Terasa sangat keindahan dan kedamaian kampung yang begitu mengasyikkan.

Aku berjalan jalan sekitar laman. Memang rumah emak dipenuhi dengan bermacam jenis bunga. Sebut sahaja bunga apa, semuanya ada. Emak sangat 'hijau tangan'. Apa apa yang di tanam memang menjadi. Kagum aku seketika. Kehijauan laman itu sangat mempesonakanku. Terasa kebesaran Ilahi, mencipta keindahan flora yang sangat berharga.

Aku duduk seketika di pangkin. Tenang sambil menikmati keindahan halaman rumah emak. Aku mencongak congak. Ada bebunga keindahan yang menguntum di hatiku. Cintaku kepda Sham semakin utuh, begitu juga kasih sayang kami. Aku bernekad , untuk menjadi isteri yang solehah.


Emak juga bersetuju untuk tidak lagi memaksa Sham mengahwini Rozita. Sham sudah menerangkan dengan terperinci kepada emak. Aku juga sangat bersyukur, akhirnya emak bersetuju atas cadangan Sham untuk melupakan niat memperisterikan Rozita.Namun aku sedikit ragu. Adakah betul tindakan aku, aku hanya mempertahankan hak sebagai isteri. Namun aku tidak pasti, adakah berdosa atau zalimkah aku yang tidak menyetujui perkahwinan mereka. Sedangkan kalau diikutkan Sham memang mampu. Kusut aku memikirkannya.

Namun aku cuba untuk menjernihkan keadaan. Kepada emak aku panjatkan doa semoga dipanjangkan umur. Aku tidak sesekali mendedami emak, jauh sekali menderhakai emak. Namun aku juga manusia biasa, seorang wanita, seorang isteri yang punya hati dan perasaan. Kehendak aku mungkin di anggap remeh,tetapi terlalu berat untuk ditanggung.

” Tak perlu lah termenung mengingati apa yang dah berlaku Lin...” suara emak sayup sayup di telingaku.


Aku menoleh kearah emak yang berdiri tegak dihadapanku. Emak terpaku disitu, merenung tepat ke anak mataku. Ads sinar yang aku sendiri sukar untuk perjelaskan. Aku sedikit gementar berhadapan dengan emak. Sewajarnya aku berasa agak gusar, takut takut emak masih tidak mahu menerimaku.

Aku membatukan diri sahaja. Senyum yang kulempar terasa benar tawarnya. Entah dari mana datangnya rasa gerak hati, aku terasa seperti emak mahu menyuarakan sesuatu kepadaku. Aku memandang tepat ke wajah emak. Emak masih terpaku, sedikit pun emak tidak berbunyi. Namun aku dapat rasakan getaran di dada emak seperti mahu menjerit menyatakan sesuatu yang aku tidak pasti.

Perlahan emak menghampiri, aku tunduk kebumi. Ya Allah, aku terima segala cemuhan emak jika itu yang ingin di sampaikan kepadaku kini. Aku rela mengabdikan diri kerana emak merupakan ibu kepada suamiku yang satu, yang harus aku hormati. Perlahan juga aku menandang ke arah emak. Redup sinar mata emak sangat mendamaikan.

" Lin minta maaf, mak..kalau Lin..kalau Lin...er...er..." sepantas itu aku melihat ke wajah emak. Mata emak kini berkaca. Aku merenung emak, dengan pandangan seorang anak yang inginkan keampunan dari seorang ibu. Air mata emak mengalir perlahan. Jernih sahaja membasahi pipi emak yang sudah agak lanjut usia itu. Emak menangis.

Ya Allah , apa yang telah berlaku. Apa salah aku...

Seketika itu emak mendakap kemas tubuhku. Tanpa kusedar air mataku gugur ke bumi. Kami sama sama menangis. Ya Allah..terima kasih kerana engkau telah memakbulkan doaku...aku dapat rasakan getaran dada emak yang sudah mula menerimaku..terima kasih Ya Allah..terima kasih...

Sepatah pun emak tidak bersuara, cukup dengan linangan air mata emak memeritahu sejuta makna tersirat. Aku tersenyum sambil air mataku tidak henti lagi mengalir. Inilah hari yang paling istimewa dalam hidupku. Kebenaran telah terbukti bahawa kesabaran menjadi senjata untama dalam menghadapi dugaan.

Langit tidak selalunya cerah. Ada kala ia berarak mendung dan kehidupan hari ini tidak semestinya indah seperti hari hari semalam.


TAMAT

June 13, 2007

Langit Petang

Part 04

Seharian aku menangis. Tidak tertahan rasanya air mata ini lalu gugur juga satu persatu. Cadangan emak sungguh tidak masuk akal. Apalah salah dan dosaku. Sungguh aku tidak menyangka. Emak berhasrat untuk menikahkan Sham suamiku dan Rozita , gadis kampug yang juga rakan sepermainan Sham sewaktu kecil dahulu. Sham telah menceritakan satu persatu. Dengan hati yang berdebar debar aku mendengar sebutir sebutir perkataan yang di ontarkan dari bibir Sham. Namun, Sham tidak bersetuju atas cadangan itu. Sham juga telah menjelaskan kepada emak akan keenngganannya itu. Syukur, Sham masih mengingati janji janji kami. Sham tidak mungkin akan berpaling kepadaku. Namun hati manusia siapa yang tahu. Esok lusa entah lain pula.

Aku berserah sahaja kepada Yang Esa. Jika panjang jodoh kami, maka panjanglah ia. Namun sesekali emak tidak pernah menyuruh Sham menceraikan ku.Sekali pun tidak. Emak cuma teringin mahu bermenantukan Rozita dan berbesankan Mak Pesah. Mereka sangat akrab dan hubungan yang terjalin antara kedua keluarga sudah terjalin sekian lama. Oleh itu, emak begitu berhajat mahu bermenantukan Rozita, walaupun sebagai isteri kedua Sham. Isteri kedua Sham? Ahh..agak pelik untuk aku menyebutnya. Bermakna aku akan bermadu dan Sham tentu sekali perlu membahagikan kasih sayangnya antara aku dan Rozita. Kelak, tentu rozita akan melahirkan zuriat Sham, dan Sham bakal memiliki anak dengan wanita itu. Anak? Dengan wanita lain? Dengan maduku? Ahh mana mungkin aku akan terima semua ini semudah itu. Tidak..

” Sudah lah, jangan asyik termenung lagi”

Suara mummy mematikan lamunanku. Aku terkejut lalu cepat cepat aku menyapu air mata yang sudah basah di pipiku. Entah bila pula mummy muncul, sungguh aku tidak perasan.

” takde la my...mana ada. Lin saja je berehat..”

” mummy nampak Lin macam ada masalah , kenapa? Bergaduh dengan Sham?”

” Takde la mummy, Lin Ok. Apa pulak ada masalah..mummy ni ada ada aje..”aku menipu lagi.

Entah kali keberapa aku cuba mengelak daripada menunjukkan wajah sugulku di hadapan mummy. Sudah dua hari juga aku berada di rumah mummy, bersama Alif dan pembantu rumahku. Setelah meminta izin dari Sham, aku bergegas untuk tinggal di rumah mummy. Sengaja ku berikan alasan kerana rindukan mummy dan Alif juga sudah lama tidak menjenguk wannya. Sham setuju dan merelakan aku tinggal di rumah mummy untuk beberapa hari.

Sebenarnya bukan itu alasan utama ku. Aku seperti tidak sanggup untuk mengadap muka Sham selepas apa yang di beritahu tentang cadangan emak tempoh hari. Sejak itu aku mula berasa sedih walaupun Sham berjanji untuk tidak melaksanakan cadangan emak. Namun aku tetap berkecil hati, lantaran ku bawa diri ini jauh untuk seketika.

Sejak aku tiba di sini, mummy seperti sudah mengagak seperti ada yang tidak kena. Puas sudah mummy bertanya, tetapi jawapan ku tetap sama. Aku hanya memberi alasan kepada mummy bahawa aku sengaja mahu berehat dan Alif sudah rindukan wan dan atuknya. Tidak sekali kali aku mahu mendedahkan rahsia rumahtanga ku. Maruah ibu mertua dan suamiku juga harus kujaga. Aku tidak mahu mummy tersalah faham dan bertambah risau akan masalah ku.

" Jangan nak tipu mummy..apa masalahnya ni..?" Mummy bersuara lagi.

" Takde apa apa mummy, Lin ok..mummy jangan risau "

" Atau kamu ada selisih faham dengan mak mertua kamu?"

Berderau darahku seketika. Mummy sudah tahu kah? Siapa beritahu mummy? Sham? Atau Sham sudah membuat keputusan untuk bersetuju atas cadangan emaknya itu, lalu memberitahu mummy ?

" Apa maksud mummy?"

" ialah..kamu kata emak mertua kamu baru sahaja balik ke kampung kan? Bukankah lama juga tinggal di rumah kamu?"

" ohhh...memanglah mummy....tapi Lin dengan mak takde masalah. Kami macam biasa je..tak de masalah la mummy"

" mhmmm...bagusla macamtu..kalau ada masalah dengan mertua, jangan di panjang panjangkan. Tak baik...takpela..biar mummy tengok si Alif tu..entah apa di buatnya"

" ialah mummy, Lin faham " aku menarik nafas lega. Mummy masih tidak mengetahui hal yang sebenar. Kalau mummy tahu, tentu risau bukan kepalang.

Sudah beberapa hari aku mencari ketenangan diri. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat aku mengadu, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbuku di hatiku. Kepada Tuhan sahaja aku mengadu, aku berasa tenang begitu. Sejenak itu, telefon bimbit ku berbunyi, menandakan ada mesej masuk.

SMS
From Abang
Salam Lin, how are you? Bila Lin nak balik…abang rindu. Dah dua hari abang bujang, ayik makan nasi bungkus. Malam malam takde bantal peluk. Please sayang, i miss u so much. Kalau pasal emak yang buat Lin merajuk, abang minta maaf bagi pihak emak. Abang janji, abang akan slow talk dengan emak. Insya allah, everything would be fine, darling. Trust me. I love you so much..

Aku tersenyum seketika membaca sms dari Sham itu. Perlahan air mataku gugur lagi. Aku berasa sangat bersyukur punya suami yang bergitu baik dan memahami. Sungguh tidak patut aku membiarkan Sham keseorangan. Timbul kesedaran pula di hati ini, bahawa walau apa apa pun, Sham masih suamiku dan dia masih hak ku. Aku perlu mempertahankannya. Aku tidak perlu terlalu mengikut naluri kesedihan ini. Tidak kemana nanti. Aku mesti bangkit dari permasalahan yang membelenggu benakku ini. Aku perlu kuat dan tabah. Aku mesti lalui dengan hati yang ikhlas.


bersambung

June 07, 2007

Langit petang

Part 03

Petang yang hening. Sham, suamiku pulang awal hari ini. Pastinye Sham mahu menemani ibunya yang tiba dari kampung. Seperti biasa aku menyediakan minuman petang. Sementara pembantuku sibuk menggoreng keropok untuk dijadikan hidangan.

Kopi sudah kubancuh, lalu ku bawa ke meja makan untuk di jamu oleh kami sekeluarga. Emak masih lagi di ruang tamu, sedang menonton televisyen, sementara suamiku masih lagi di atas, solat barangkali. Alif seperti biasa leka dengan permainan keretanya.

" Mak, jemput minum mak...ada keropok dan air kopi, marilah mak." Aku mengajak emak yang sedang menonton. Masam sahaja wajah emak dari tadi. Lalu ku berjalan menghampiri emak dan melemparkan senyuman.

" Mari mak, kita minum" pelawaku lagi. Emak masih berdiam.

" Biarlah situ, aku taulah.." ringkas jawapan emak.

" Mak, kalau mak nak, esok Lin ambil cuti, kita pergi jalan jalan. Nak tak mak. Bawa Alif sekali." Aku cuba memulakan perbualan.

Emak masih mendiamkan diri. Matanya begitu asyik di kaca televisyen menonton sinetron Indonesia kegemarannya. Sedaya upaya aku mahu memulakan perbualan, aku mengharapkan emak sudi juga melayaniku. Walaupun kutahu, aku bukanlah menantu pilihan, tetapi apa salahnya jika aku melakukan yang terbaik untuk emak. Sekurang kurangnya aku mencuba.

Namun hampa, emak membatu seriba bahasa. Malah rengekan Alif yang meminta di layan bagaikan suatu yang hingar di telinga emak.

" Kenapa dengan budak ni, tak henti henti melalak."

" Alif bukan apa mak, dia manja sikit. Biasala kan mak, budak budak."

" Yelah tu...jangan di manjakan sangat anak kau ni. Nanti buruk padahnya"

" Tak la sampai begitu mak" Aku melemparkan senyuman.

Sementara Sham suamiku sudah turun lalu terus mendukung anakku Alif. Dibelai dan digeletek nya ketiak Alif sehingga Alif ketawa terkekek kekek. Begitulah Sham, dia memang sangat manjakan Alif. Sehari jika tidak di usik nya pasti ada yang tidak kena. Alif juga sangat rapat dengan papanya. Adakala aku juga sedikit cemburu akan gelagat Alif yang adakala terlalu akrab dengan Sham. Tapi aku tahu, hubungan anak dan ayah memang begitu.

" Kamu ni Sham mak tengok, dah jarang balik ke kampung. Dah tak nak menjenguk mak lagi dah gamaknya" emak memulakan bicara.

" Bukan ke 2 bulan lepas kami baru balik mak. Mak..walaupun jarang balik, Sham selalu telefon mak kan?"

" Mana sama...adik adik kamu tu semua balik jenguk mak tiap tiap bulan. Ini aku pulak yang kena datang rumah kamu. Apa, kamu dah tak sudi nak duduk rumah kayu lagi ke"

" Bukan macam tu mak..saya agak sibuk sikit kebelakangan ni mak.."

" Atau kamu sengaja..”

” mak....jangan cakap macam tu mak.."

" Manalah tau, kamu tu dah malas nak balik kampung. Ialah, apa lah yang seronok sangat duduk di sini. Atau ada sesiapa yang tak bagi kamu balik kampung?"

" siapa pulak yang tak bagi mak...jangan cakap macam ni mak.."

Sham nampak seperti serba salah. Direnungnya aku yang sudah tidak keruan ini. Aku hanya mendiamkan diri. Seperti mendapat gambaran bahawa perbualan emak seperti mahu menyindirku.

Emak masih lagi duduk di sofa. Sementara aku sudah mula bangun dan berlalu ke dapur. Kubiarkan sahaja mereka berbual. Biarlah, tentu Sham dan ibunya banyak cerita yang hendak di bualkan.

" kamu dah fikirkan cadangan aku?"

" mak...Sham minta maaf, tapi Sham tak mampu laksanakan cadangan mak tu"

" kamu memang sudah tidak memikirkan emak agaknya. Dulu kamu tidak pernah membantah, tapi sekarang banyak sangat alasan"

" emak, apa yang mak cadangkan itu sangat berat. Saya tak sanggup. Apa pulak kata Lin"

Aku mendengar dengan jelas perbualan mereka. Bukan niat aku untuk mencuri dengar, tetapi secara kebetulan apabila aku melintasi bilik hadapan yang bertentangan dengan ruang tamu, aku sudah dapat mengankap isi percakapan mereka. Jantungku berdegup kencang. Aku menjadi sedikit panik. Cadangan? Cadangan apa pulak ni.


bersambung